Thursday, February 18, 2016

Penajaan





selamat sejahtera buat reader2 dan kawan2 Ayah Rie,rasenye dah terlalu lama Ayah Rie tak update sampai besarang blog di buatnya,jadi hari ni terase rajin plak nak sapu sawang2 dekat blog ni..:)untuk kali ni Ayah Rie nak kongsikan sedikit dengan reader2 dan kawan2 Ayah Rie pasal Sukan.


Apa yang Ayah Rie tengok sekarang dan reader serta kawan2 juga dapat lihat kancah dunia sukan dan perkembangan yang amat positif dan tidak terlepas juga ada yang negatifnya perkembangan yang baik serta sebaliknya.bila di sebut pasal sukan ni terlalu luas dan menyeluruh jadi Ayah Rie kecilkan sedikit,sukan bola sepak tanah air dan apa yang Ayah rie nak sentuh adalah dari aspek penajaan,rasanya masih tak terlewat kerana bahangnya baru nak bermula.bila di lihat hari ini ramai atau banyaknya penaja yang terdiri dari muka2 baru dan yang lebih menyeronokan serta penyerikan lagi penaja2 ini terdiri dari kalangan usahan kosmetik dan produk kesihatan.ia mengingatkan kita pada suatu ketika dahulu jika kawan2 serta reader2 ingat dunia sukan tahan air khususnya bola sepak di serikan dengan penaja dari syarikat rokok.

Bagi Ayah Rie perkara ini akan berulang kembali,apa yang difahamkan  penaja2 produk kosmetik dan kesihatan yang mengambil bahagian antaranya QuPuteh dan pengasasnya tidak asing lagi bagi kita Dato Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih di kenali dengan nama Dato Dr. Vida dan nama singkatan yang di pertutur orang ramai DSV.antara produk kesihatan yang lain adalah pengasas Produk kesihatan D'Herbs Dato Ariff Syukri atau lebih sinonim dengan jolokan Dato terlajak lariss dan apa yang Ayah Rie dengar Sebuah lagi syarikat Kosmetik sedang mengitai2 pasukan bola sepak untuk di beri penajaan untuk musim kali ini,perubahan serta penambahbaikan ini mendapat sambutan dan sokongan yang sepenuhnya dikalangan pengelola kelab dan juga pemain serta penyokong-penyokong pasukan yang terlibat.bagi Ayah rie buat team2 yang mendapat penajaan seharusnya menggunakan peluang ini dengan sebaiknya dan harus bekerja kuat dan gigih demi mendapatkan hasil yang memuaskan semua pihak.rasanya setakat ni dulu celoteh Ayah Rie sebagai pembukaan dan pembersihan blog yang bersawang ni..insha allah jika ada kesempatan akan menyusul update seterusnya dari Ayah Rie.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MINI GIVEAWAY BY #JMBELOG #2

Klik Banner Untuk Join